ASAL-USUL
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan
Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg
ditangguhkan ajalnya “MinalMunzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat
oleh Allah swt ke ataslangit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau
nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di
kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan
kematiannya sehinggakiamat nanti.
Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk.
Hidungnya seperti Paruh burung.Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk
dan banyak dagingnya. MenurutImam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa
asal keturunan bapanya ialahseorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq”
manakala ibunya adalah daribangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan
mempunyai hubungan denganmakhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya
ditangkap dan dimasukkanke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan
kehidupan masa keciltidak diketahui dgn jelas.
SIFAT FIZIKALNYA
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w.
telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kanan, lebat
(panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga danNeraka. Nerakanya itu
merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka(Hadis Sahih Muslim)Ada
beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw,
diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan agak
kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang
seolah-olah dahankayu yg rimbun.Dan
tandanya yg paling ketara sekali ada duaertama: Buta mata kirinya dan kelihatan
seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar
kehijau-hijauan berkelip-keliplaksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir
(Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapatdibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai
membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini
menjelma dalam diriDajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu,
kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.
LOKASINYA
Menurut riwayat yang sahih yang disebutkan dlm
kitab “Shahih Muslim”, bahawaDajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia
dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama
“Al-Jassasah”. Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk
ditulis.. andaboleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi
kita bahawaDajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah
swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah
disebelah Timur bukan di Barat.
RIWAYATNYA
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya
kepada umat ini, selamaempat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya
adalah sama dgnsetahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama
dengan satuminggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa.
Jadikeseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan
dan14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:Kami bertanya: “Wahai
Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di mukabumi ini? Nabi saw, menjawab:
Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hariyg pertama seperti setahun dan
hari berikutnya seperti sebulan dan hariketiga seperti seminggu. Kemudian hari
yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah
saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya
sembahyang sehari sahaja (iaitu 5waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup.
Kamu mesti mengira hari itudgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap
sembahyang..”Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam
yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya
kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada
hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita
sembahyangZohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga
jamsetengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang
AsarBegitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya
hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun
danbilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang
setahunyg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.
DOKTRIN AD-DAJJAL
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk
menguji umat ini. Oleh keranaitu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan
yg luar biasa. Di antarakemampuan Dajjal ialah:
1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya.
Benda-benda beku akanmematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan
diuji dahulu oleh Allah dgnkemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada
tahun pertama hujan akankurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan
kurang 2/3 dari biasadan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat
akan dilandakebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa
ujian. Makadaerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan:
Hujanlahkamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur.
Begitujuga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org
ygbersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn
Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.
Dan ada diriwayatkanpenyokong Dajjal akan
memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org ygtidak percaya dengannya berada
dalam kelaparan dan kebuluran.Dalam hal
ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org
Islam yg beriman pada hari itu wahaiRasulullah?”Nabi menjawab:”Mereka akan
merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih danbertaubat. Jadi
zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” H.R IbnuMajah
2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan
Neraka:Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga
danneraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan
menggunakankedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg
benar adalahsebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu
sebenarnya Nerakadan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang
tidak dapat dimasukinya:Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan
org dahulu. Kalauhari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti
kepantasanjet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas
lagidaripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat
ditempuhdalam satu jam”… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan
perjalanannya diatas muka bumi ini?Nabi menjawab:”Kepantasan perjalanannya
adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atauawan) yang dipukul oleh angin
yang kencang.” H.R MuslimNamun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua
Bandar suci umat Islamiaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan
kedudukannya:Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan,
inilahmasa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.
Sekian Wasallam
0 komentar:
Posting Komentar